Month: April 2017

Jamahan Yesus

Penumpang dalam kereta api Metro di Kanada telah menyaksikan satu detik tegang yang membawa pengakhiran yang sangat menyentuh hati. Seorang lelaki muda telah menakutkan penumpang lain dengan suara kuat serta kata-kata kasar. Pada ketika itu, seorang wanita tua yang berumur 70-an dengan lemah lembut mendekati dan menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. Kebaikan wanita tua itu menenangkan lelaki tersebut yang kemudian jatuh ke lantai sambil menangis. Dia berkata, “Terima kasih, nenek,” lalu bangkit dan pergi. Nenek itu mengakui bahawa dia juga berasa takut. Akan tetapi katanya, “Saya seorang ibu, dan dia memerlukan seseorang untuk menjamahnya.” Mungkin adalah lebih baik jika dia tidak menghampiri lelaki tersebut, namun dia telah mengambil risiko disebabkan oleh kasih.

Jangan Putus Asa

Bob Foster merupakan mentor dan rakan saya selama lebih daripada 50 tahun. Dia tidak pernah berputus asa terhadap saya. Persahabatan serta galakan daripadanya tidak pernah berubah meskipun pada saat saya melalui masa yang paling kelam, dia tetap menolong saya.

Perkara-Perkara Kecil

Sahabat saya Gloria, menelefon saya dengan sangat teruja. Dia tidak dapat keluar rumah sekian lama kecuali jika ada janji temu dengan doktor. Saya faham sebab dia sangat gembira ketika memberitahu saya, “Anak lelaki saya baru sahaja memasang pembesar suara baru di komputer, jadi sekarang saya boleh pergi ke gereja!” Sekarang dia boleh mendengar siaran langsung pujian dan penyembahan di gerejanya. Dia meninggikan Tuhan atas kebaikan-Nya dan “inilah hadiah terbaik yang diberikan anak saya!”

Piano Yang Mengecil

Untuk tiga tahun berturut-turut, anak lelaki saya telah menyertai persembahan piano. Pada tahun terakhir penglibatannya, saya menyaksikan dia menaik ke pentas dan membuat persiapan. Dia memainkan dua buah lagu dan kemudian duduk di sebelah saya lalu berbisik, “Ibu, piano itu kelihatan lebih kecil tahun ini.” Saya berkata, “Tidak, itulah piano sama yang kamu mainkan tahun lepas. Kamu lebih tinggi sekarang! Kamu sudah membesar.”

Senantiasa Mendengar

Ayah saya seorang pendiam. Dia mempunyai masalah pendengaran ekoran tugasnya dalam ketenteraan selama bertahun-tahun dan kini dia memakai alat bantu pendengaran. Pada suatu tengah hari ketika saya dan ibu saya bercakap dengan tidak berhenti-henti, dia memberi respons secara jenaka, “Apabila saya mahukan kedamaian dan ketenangan, inilah yang akan saya lakukan.” Dia mematikan alat bantu pendengarannya sambil melipatkan kedua-dua tangannya di belakang kepala, serta menutup mata diiringi senyuman yang tenang.